Sabtu, 21 Ogos 2010

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

sEMpena BUlaN peNUh KEberkatAN..

7 KALIMAH AGUNG
Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.InsyaAllah: jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.



10 JENIS SOLAT TIDAK DITERIMA ALLAH
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji

Selasa, 17 Ogos 2010

AMALAN BAIK D DUNIA,SELAMAT D AKHIRAT...

Drpda Abdul Rahman Bin Samura ra berkata,Nabi Muhammad
Bersabda "sesungguhnya akmngalami mimpi menakjubkan
pd malam sebelum aku diisraqkan..

"Aku melihat seorang umatku ddatangi malaikat maut
dgn keadaan mggerunkan untuk
mngambil nyawanya,tapi prbuatan
malaikat itu trhalang oleh ketaatan
dan kepatuhannya trhadap ibu bapa."

"Aku melihat seorang umatku dsediakan
azab kubur mnyeksakan,tetapi ia
dselamatkan oleh berkat wuduknya yg sempurna."

"Aku melihat seorang umatku dkerumuni oleh
syaitan dan iblis laknatullah,tetapi ia
dselamatkan dgn brkat zikirnya yg
tulus ikhlas kpada Allah."

"Aku melihat seorang umatku cuba brbicara dgn
golongan org mukmin tetapi mereka tidak
mmbalas bicaranya...maka,menjelmalah sifat silaturrahim
dan tidak suka brmusuh-musuhan sesama umatku lalu
mnyeru kpda mereka supaya mnyambut bicaranya,
lalu brbicara mereka dgnnya.."

"Aku melihat seorang umatku mnepis -nepis
prcikan api kemukanya,maka segeralah
mnjelmapahala sedekahnya yg ikhlas
kpd Allah lalu mghalangh muka
dan kepalanya drpada bahaya api brkenaan....'

Ingatlah rakan2 semua...brbuat baik lah sementara kita masih hidup dan dberi peluang drpda Allah uttk mlakukan prbuatan yg dsukaiNya...jgn kita mnyesal dkemudian hariiiiiii.......

TETAP HATI..

Seorang wanita sedang brlegar-legar di atas bumbung
kondominiumnya iaitu kira2 40 tingkat.Dia sedang memikirkan sesuatu
yg tidak boleh dfikir oleh pancaindera.

Sedang asyik mundar-mandir,kasut tumit tingginya patah
lalu dia jatuh dri tingkat 40 trsebut..Dia mraung "Tolong!Tolong!Tolong!"...smpai di tingkat 30,seprang lelaki ala2 plumba haram brjaya mnyambut wanita itu..Lalu lelaki itu brkata"kau prlu tidur dgnku'.wanita itu mnolak keinginan lelaki trsebut lalu dlepaskn kembali wanita itu kebawah.

Wanita trsebut raung-raung"somebody help me!sy akn jtuh".tiba dtingkat 20,seorang lelaki warga asing iaitu jejaka Australia yg bekrja di Malaysia brjaya mnyambut wanita tersebut.lalu wanita itu brkata "thanks a lot'...jejaka trsebut brkata "dont mention it..but you have to sleep with me".wanita trsebut trperanjat dan serta-merta trjun smula ke bawah...

Lain cerita di tingkat 10,seorang lelaki yg alim cuba mnyelamatkan wanita trsebut dgn mnyambutnya.belumpun lelaki trsebut mnyambut,wanita trsebut brkata "aku sggup tidur dgn mu".trkejut besar lelaki yg alim itu dan brkata "Masya Allah"....niat lelaki itu untk mnyelamatkan perempuan itu 100% pudar...lalu jatuhlah perempuan itu ke bawah...tamatlah riwayatnya..

Pengajaran,jgn brputus asa dalam mncari org yg baik...Insya Allah akn dtemui...Rakan-rakan,renungilah kisah tadi dan jgnlah jadi sprti wanita trsebut..."YA ALLAH,TEGUHKANLAH IMAN KAMI DAN TETAPKANLAH HATI KAMI...AMIN!!!!!!..."

Jumaat, 13 Ogos 2010

KEUTAMAAN RAMADHAN, DAN APA YANG PERLU KITA PERSIAPKAN?

1. Dari Abu Hurairah r.a, adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya, pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat, juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i)

2. Dari Ubadah bin AshShamit, bahwa Rasulullah Saw. bersabda :
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do'a. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini." (HR. Ath Thabrani, dan para periwayatnya terpercaya)

3. Dari Abu Hurairah r.a, bahwa Rasulullah Saw. bersabda :
"Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, iaitu : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari pada aroma kesturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Surga-Nya lalu berfirman (kepada Surga), Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang shalih dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu, pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada ummatku ampunan pada akhir malam. "Beliau ditanya, 'Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar' Jawab beliau, 'Tidak. Namun orang yang beramal tentu diberi balasannya jika menyelesaikan amalnya." (HR. Ahmad).

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa-apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)


Persiapan Menghadapi Ramadhan

Sebagai orang Mukmin kita perlu membuat tiga persiapan penting sebelum kedatangan Ramadhan :

Pertama : Persiapan ilmu tentang Ramadhan.

Membuka kitab mengenai adab-adab puasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. Dan amalan-amalan yang perlu dilaksanakan semasa berpuasa.

Syarat Sah Puasa ialah :

1. Islam, tidak sah puasa orang kafir

2. Berakal yang bermaksud mumayyiz, tidak sah puasa orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana mereka tidak memiliki niat. Puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz adalah sah. Apabila usianya mencapai 7 tahun, dia hendaklah diminta supaya berpuasa jika dia mampu melaksanakanya. Apabila usianya mencapai 10 tahun, dia hendaklah dipukul kerana meninggalkanya sebagaimana sembahyang.

3. Tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada berpuasa seperti berada dalam keadaan haid atau nifas, pengsan atau gila sepanjang hari.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud : “Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal“.

(Hadis Riwayat Abu Daud dan selainnya).

Kedua : Persiapan hati dan jiwa.

Di akhir bulan Sya'ban ini perlulah kita membuat persiapan hati dan jiwa kita untuk memohon keampunan kepada Allah di atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini. Kita merintih dan mengharap belas kasih daripada Allah s.w.t. supaya mengampunkan dosa-dosa kita hingga berlinang air mata.

Imam al-Ghazali berkata, "Orang yang bijak adalah mereka yg merintih dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t sebelum datangnya Ramadhan"

Ketiga : Ikhlaskan hati kita kepada Allah s.w.t.

Ikhlaskan hati kita kepada Allah s.w.t bahawa kita berazam menjadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik yang akan kita laksanakan daripada Ramadhan sebelumnya.

Kita juga perlu meminta maaf kepada ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, jiran tetangga, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan sesiapa saja yang telah kita melakukan dosa kepada mereka.

Pesanan Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. ketika hadirnya Ramadhan:

"Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan tiga golongan ketika hadirnya Ramadhan :

Pertama : Mohon maaf dari kedua ibu bapamu.

Kedua : Mohon maaf sesama suami dan isteri.

Ketiga : Mohon maaf daripada keluarga, sahabat handai dan mereka berada disekelilingmu"

Diharapkan masuk saja kita dibulan Ramadhan kita telah bersih dari dosa-dosa besar dan kecil, semoga keberkataan Ramadhan dapat kita miliki sepenuhnya.