Jumaat, 13 Ogos 2010

KEUTAMAAN RAMADHAN, DAN APA YANG PERLU KITA PERSIAPKAN?

1. Dari Abu Hurairah r.a, adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya, pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat, juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i)

2. Dari Ubadah bin AshShamit, bahwa Rasulullah Saw. bersabda :
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do'a. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini." (HR. Ath Thabrani, dan para periwayatnya terpercaya)

3. Dari Abu Hurairah r.a, bahwa Rasulullah Saw. bersabda :
"Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, iaitu : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari pada aroma kesturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Surga-Nya lalu berfirman (kepada Surga), Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang shalih dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu, pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada ummatku ampunan pada akhir malam. "Beliau ditanya, 'Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar' Jawab beliau, 'Tidak. Namun orang yang beramal tentu diberi balasannya jika menyelesaikan amalnya." (HR. Ahmad).

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa-apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)


Persiapan Menghadapi Ramadhan

Sebagai orang Mukmin kita perlu membuat tiga persiapan penting sebelum kedatangan Ramadhan :

Pertama : Persiapan ilmu tentang Ramadhan.

Membuka kitab mengenai adab-adab puasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. Dan amalan-amalan yang perlu dilaksanakan semasa berpuasa.

Syarat Sah Puasa ialah :

1. Islam, tidak sah puasa orang kafir

2. Berakal yang bermaksud mumayyiz, tidak sah puasa orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana mereka tidak memiliki niat. Puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz adalah sah. Apabila usianya mencapai 7 tahun, dia hendaklah diminta supaya berpuasa jika dia mampu melaksanakanya. Apabila usianya mencapai 10 tahun, dia hendaklah dipukul kerana meninggalkanya sebagaimana sembahyang.

3. Tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada berpuasa seperti berada dalam keadaan haid atau nifas, pengsan atau gila sepanjang hari.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud : “Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia : daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal“.

(Hadis Riwayat Abu Daud dan selainnya).

Kedua : Persiapan hati dan jiwa.

Di akhir bulan Sya'ban ini perlulah kita membuat persiapan hati dan jiwa kita untuk memohon keampunan kepada Allah di atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini. Kita merintih dan mengharap belas kasih daripada Allah s.w.t. supaya mengampunkan dosa-dosa kita hingga berlinang air mata.

Imam al-Ghazali berkata, "Orang yang bijak adalah mereka yg merintih dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t sebelum datangnya Ramadhan"

Ketiga : Ikhlaskan hati kita kepada Allah s.w.t.

Ikhlaskan hati kita kepada Allah s.w.t bahawa kita berazam menjadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik yang akan kita laksanakan daripada Ramadhan sebelumnya.

Kita juga perlu meminta maaf kepada ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, jiran tetangga, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan sesiapa saja yang telah kita melakukan dosa kepada mereka.

Pesanan Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. ketika hadirnya Ramadhan:

"Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan tiga golongan ketika hadirnya Ramadhan :

Pertama : Mohon maaf dari kedua ibu bapamu.

Kedua : Mohon maaf sesama suami dan isteri.

Ketiga : Mohon maaf daripada keluarga, sahabat handai dan mereka berada disekelilingmu"

Diharapkan masuk saja kita dibulan Ramadhan kita telah bersih dari dosa-dosa besar dan kecil, semoga keberkataan Ramadhan dapat kita miliki sepenuhnya.